Semalam, berakhirnya saluran percuma yang ditawarkan oleh Astro susulan gangguan Astro pada Jun yang lalu.

Kini, mereka menawarkan lagi saluran percuma buat pelanggan setianya bermula hari ini sehingga 31 Julai 2021.

Antara saluran yang boleh ditonton adalah HITS Movies, BOO, CNN, Discovery, TVN dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh strim saluran kegemaran menerusi aplikasi Astro GO.

Tawaran ini lebih kepada untuk memberikan anda untuk terus kekal di rumah di samping menikmati hiburan memandangkan kes COVID-19 di Malaysia semakin hari semakin meningkat.

Sumber: Astro

Baca juga – Netflix Dilapor Ingin Menawarkan ‘Games’ Pada Platform Mereka Tahun Depan

Baca juga – Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix