Astro hari ini mengumumkan aplikasi baharu iaitu Disney+ Hotstar di Ulti Box. Aplikasi ini yang telah dilancarkan di Ultra Box pada awal tahun ini akan tersedia mulai hari ini untuk semua pelanggan Ulti Box dengan langganan Disney+ Hotstar yang aktif.
Pelanggan Ulti Box kini boleh bertukar antara saluran tempatan yang popular dengan kandungan-kandungan hiburan tanpa henti daripada aplikasi Disney+ Hotstar tanpa perlu lagi meninggalkan antaramuka Astro.
{suggest}
Untuk mengakses Disney+ Hotstar di Ulti Box, pengguna hanya perlu menekan butang “Home” pada alat kawalan jauh Astro.
Untuk pengguna kali pertama pula, anda perlu pilih “Disney+ Hotstar” menerusi rail paparan “Apps” dan ikuti langkah yang tertera di skrin untuk memasang akaun Disney+ Hotstar anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi Disney+ Hotstar di Ulti Box ini, layari laman rasmi astro.com.my.
Sumber: Media Astro