Astro hari ini memaklumkan bahawa pihak mereka memerlukan lebih masa untuk memperbaiki sepenuhnya masalah yang dihadapi.

Ia susulan gangguan perkhidmatan satelit yang masih dialami oleh sebahagian pelanngan mereka ketika ini.

Semalam telah dilaporkan tentang masalah teknikal yang dihadapi Astro di mana pelanngan mereka tidak dapat mengakses saluran siaran Astro langganan mereka.

Astro juga menyatakan bahawa pihak teknikal mereka kini sedang berusaha secepat mungkin untuk mengenal pasti dan membaik pulih beberapa saluran yang terjejas.

Pihak Astro juga mengsyorkan kepada pelanggan mereka yang mengalami kesulitan mendapatkan saluran Astro masing-masing supaya melayari penstriman secara langsung di Astro GO.

Setakat semakan yang dibuat di laman Facebook rasmi Astro, masih terdapat pelanggan yang meluahkan rasa kecewa kerana masih belum dapat mengakses saluran langganan mereka hari ini.

Sumber: Astro Awani

Baca juga: Astro Sedang Ada Masalah Teknikal, Beberapa Pengguna Tak Dapat Akses Saluran