Astro hari ini mengemaskini kandungan dengan saluran baharu buat pelanggannya. Penawaran tersebut juga susulan Disney yang menghentikan saluran-saluran TV tertentu di rantau ini.

Bermula 30 September 2021, tiada lagi saluran FOX, FOX Life, FX, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, FOX Sports, FOX Sports 2, FOX Sports 3 dan Nat Geo People. Selain itu, saluran Discovery Science dan Hello juga sudah tiada mulai hujung bulan ini.

Antara saluran baharu

Bagaimanapun, bermula 15 September, terdapat saluran-saluran baharu seperti HBO Family, HBO Hits, SHOWCASE MOVIES, BBC Lifestyle, BBC Earth, Paramount Network, Lifetime dan PRIMETime. Sementara saluran sukan mempunyai Astro Arena 2, Astro SuperSport 5 dan SPOTV mulai 1 Oktober.

Tambahan lagi, pelanggan Astro masih dapat mengakses kandungan dari saluran FOX tetapi dengan mengaktifkan Disney+ Hotstar. Malah, mereka juga menggalakkan pelanggannya untuk mendaftar dan menikmati aplikasi penstriman Astro.

Tekan pautan ini untuk maklumat lanjut tentang saluran-saluran baharu Astro.

Sumber: Siaran Akhbar Astro

Baca juga: