Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Astro Sahkan Astro Go, On Demand Alami Masalah, Pengguna Kata Semua Servis Tidak Dapat Diakses

Posted on April 19, 2022April 21, 2022

Astro melalui laman sosial mereka telah mengesahkan beberapa perkhidmatan mereka sedang mengalami gangguan.

Melalui tinjauan kami di laman sosial, pengguna seluruh negara tidak dapat mengakses kandungan Astro Go dan On Demand sejak jam 7 petang tadi.

Astro terus menjawab aduan pengguna dengan berkata mereka sedang membaik pulih perkhidmatan namun sehingga artikel ini ditulis, sudah 4 jam isu terbabit masih belum selesai.

We’re currently experiencing technical issues which may impact access to Astro GO and On Demand content. Kindly be patient as we are working on restoring the service. We apologise for any inconvenience caused.

— Astro (@astroonline) April 19, 2022

Sesetengah aduan juga melaporkan perkhidmatan selain Astro Go dan On Demand iaitu IPTV dan Ultra Box juga terkesan di mana mereka langsung tidak dapat menonton sebarang kandungan pada TV.

Menjelang perlawanan Liverpool menentang Manchester United jam 3 pagi nanti, ramai peminat bola sepak sudah mula risau siaran langsung tersebut tidak dapat ditonton.

Sumber: Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress