Berikutan gangguan saluran Astro tempoh hari disebabkan posisi satelit MEASAT-3, Astro kini memberikan beberapa saluran percuma kepada pelanggannya yang bermula 1 Julai hingga 14 Julai 2021.

Antara saluran yang diberikan akses itu adalah termasuk HBO, CINEMAX, TVN Movies, Hits Movies, WB TV, ANIMAX, History dan banyak lagi.

Dalam pada itu, mereka turut menyatakan mungkin terdapat sebahagian pelanggan yang masih mengalami masalah gangguan siaran TV dan Astro memerlukan sedikit masa lagi bagi memulihkannya.

Sumber: Astro

Baca juga – Saksikan UEFA EURO 2020 Dengan 4K HDR Dan Dolby Atmos Di Astro

Baca juga – Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Baca juga – Jadi, Bilakah Anda Boleh Mendapatkan Windows 11 Untuk Komputer Anda?