Sebuah asteroid yang dianggarkan besarnya menyamai saiz sebuah stadium bolasepak dilaporkan akan melintasi begitu hampir dengan bumi pada 24 Julai ini nanti.

Asteroid yang dinamakan oleh Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) sebagai 2008 GO20 itu yang juga dianggarkan 3 kali ganda lebih besar daripada monumen Taj Mahal akan melintasi Bumi pada kelajuan 18,000 batu /jam atau bersamaan dengan kelajuan 28968.192 km/jam.

Berdasarkan kepada kiraan NASA, Asteroid 2008 GO20 itu akan melintasi Bumi pada jarak 0.04 au (astronomical unit) atau bersamaan dengan 3,718,232 batu (5983914.35980800074 km) dari bumi.

Tetapi NASA menjangkakan, 2008 GO20 tidak akan menghampiri bumi kurang dari 2,605,509 batu (4193160.2761 km).

Kredit: NASA

 

Sungguhpun jarak asteroid itu memberikan gambaran yang ia masih jauh dari Bumi, tetapi NASA tetap mengklasifikasikan 2008 GO20 sebagai objek yang amat hampir dengan bumi.

Sebagai perbandingan, jarak antara bumi dengan bulan adalah sejauh 238,606 batu (383999.1345 km).

Sumber: NASA, Hindustan Times

Baca juga: Satelit Mendedahkan Suhu Permukaan Lingkaran Artik Mencecah Sehingga 48 Darjah Celsius

Baca juga: Kenapa Atmosfera Matahari Lebih Panas Dari Permukaannya?

Mari Kenali Satelit – Teleskop Angkasa Spitzer

Letusan Gunung Berapi Mungkin Penyelesaian Isu Pemanasan Global