Pembangun cip pemprosesan utama komputer Intel kini secara rasminya turut bersaing dalam pengeluaran cip pemprosesan grafik komputer (GPU) berprestasi tinggi dengan lahirnya Intel® Arc™.

Di bawah jenama Intel Arc menerusi produk pertama mereka iaitu “Alchemist”, iabakal bersaing dengan jenama pengeluar cip grafik popular lain iaitu RTX dan GeForce dari nVidia serta Radeon dari AMD.

Intel menyatakan, GPU Intel Arc pertama mereka yang berasaskan teknologi mikroarkitektur Xe HPG ini dijangka akan dilancarkan seawal   tahun hadapan.

Malah Intel turut mendedahkan generasi GPU Intel Arc mereka seterusnya yang menggunakan kod nama “Battlemage,” “Celestial,” dan “Druid

Kehadiran GPU Intel Arc pastinya merancakkan lagi persaingan kad grafik komputer serta memenuhi permintaan kad grafik yang semakin tinggi di pasaran global.

Sumber: Intel