Disebabkan negara kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP), banyak aktiviti dan pelbagai tempat menarik tidak dapat dikunjungi.

Oleh itu, Aquaria KLCC memperkenalkan “Digital Learning Living Classroom” yang membawa pengalaman lawatan sambil belajar secara maya.

Program yang berlangsung selama satu jam ini akanĀ melengkapkan pelajar dengan ilmu mengenai hidupan laut melalui video dan aktiviti yang interaktif serta lebih menyeronokkan.

Tambahan lagi, pelajar juga berpeluang menyelami dan menerokai sehingga lapan zon yang dipamerkan dia aquaria ketika sesi lawatan penerokaan sendiri.

Kepada guru-guru yang berminat untuk membawa para pelajar menyertai program ini, hantarkan e-mel kepada [email protected]

Selain itu, boleh juga menonton sesi memberi makan secara langsung di YouTube atau Facebook Aquaria KLCC.

Sumber: Facebook Aquaria KLCC