Apple Watch Series 9 kini dilaporkan bakal hadir dengan rekaan yang sama seperti Series 8, namun dengan penambahan pilihan warna baharu.
{suggest}
Dalam spekulasi terkini, peniris terkenal ShrimpApplePro mendakwa Apple Watch Series 9 akan ditawarkan dengan pilihan warna merah jambu untuk model aluminium, bersama empat warna sedia ada termasuk Midnight, Starlight, Product Red dan Silver.

Untuk model keluli tahan karat, pilihan warna kekal sama dengan Gold, Silver dan Graphite. Selain warna baharu, Apple Watch Series 9 juga dijangka akan dimuatkan dengan cip baharu.
– Apple Watch Ultra 2
Same design.
And I can confirm this year we will have the black titanium this year along with the current standard titanium.
(MKBHD Edition) 🗿 pic.twitter.com/zxsVu0TYKX— ShrimpApplePro 🍤 (@VNchocoTaco) August 1, 2023
Sementara itu, untuk Apple Watch Ultra generasi kedua, ShrimpApple menyatakan ia akan tersedia dengan pilihan warna hitam titanium sebagai penambahan warna sedia ada.
Sumber: ShrimpApplePro