Mungkin ramai yang kecewa ketika siri iPhone 13 dilancarkan kerana mereka ibarat peranti “iPhone 12s”, tiada sebarang perubahan sangat. Namun sebenarnya, Apple Watch Series 7 yang paling ketara “diketepikan”.

Bagi penggemar jam tangan pintar Apple ini, pasti “terpaku” apabila Apple Watch tersebut diumumkan. Ini kerana Apple hanya memfokuskan rupa baharu dan sedikit tentang pengecasan lebih pantas sahaja, tidak lebih daripada itu.

Terbaru, sebuah dokumen yang dikongsikan menunjukkan spesifikasi penuh Apple Watch Series 7 (AW S7). Apabila dibandingkan, ternyata ia ibarat Apple Watch Series 6 yang dikemaskini.

Malah, cip pemproses S7 juga adalah sama dengan ada pada S6. Jadi, apa yang baharu? AW S7 ini tampil dengan skrin lebih besar dan lasak, lebih cerah, saiz dengan pilihan warna baharu dan sedikit berat.

Oleh itu, jika anda sudah memiliki Apple Watch Series 6, tidak perlu menaik taraf. Sekiranya anda mahu berjinak-jinak dengan jam tangan pintar Apple pula, Apple Watch SE pun sudah memadai.

Sumber: iMore

Baca juga:

Beli Apple Watch SE di:

Shopee - https://invol.co/cl6757v
Lazada - https://invol.co/cl6758u