Mark Gurman dalam laporan terbaharunya mendakwa jam tangan pintar Apple Watch Series 7 tetap akan dilancarkan bersama barisan iPhone 13. Akan tetapi, pengguna menghadapi sedikit kesukaran untuk membelinya kerana ia akan dijual dalam kuantiti yang terhad.

Menurut beliau, perkara ini terjadi adalah disebabkan penggunaan paparan baharu padanya. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, ia akan menampilkan skrin yang rata, saiz lebih besar dan 16% lebih piksel berbanding terdahulu.

Tambahnya lagi, mungkin tidak banyak fungsi baharu yang ada padanya kerana Apple hanya mahu fokus rekaan sahaja.

Terdahulu, terdapat klon jam tangan pintar tersebut di China yang mana rupanya amat hampir sama dengan spekulasinya. Apa-apa pun, Apple dijangka akan mengadakan acara pada minggu hadapan.

Sumber: 9to5mac

Baca juga:

Beli Apple Watch di:

Shopee - https://invol.co/cl5malm
Lazada - https://invol.co/cl5mal5