Apple kini dilaporkan dalam perancangan untuk menambah sokongan Touch ID dan kamera bawah paparan pada Apple Watch. Perkara ini didedahkan melalui dua permohonan paten yang baru diterbitkan.

Paten pertama telah diberikan oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan A.S. Menerusi paten ini, ia menjelaskan bagaimana imbasan cap jari Touch ID boleh diintegrasikan pada butang sisi Apple Watch. Sama seperti yang terdapat pada telefon pintar, ia bertujuan untuk pengesahan pengguna, membuka peranti dan sebagainya.

Pada masa ini, Apple Watch bergantung kepada penggunaan kata laluan di mana pengguna hanya perlu memasukkan semula kata laluan tersebut jika Apple Watch dikeluarkan dari pergelangan tangan.

Pengesahan biometrik ini akan membolehkan Apple memberi jaminan tahap keselamatan yang lebih baik kepada pengguna Apple Watch, terutamanya ketika memakai peranti atau melakukan transaksi Apple Pay.

Apple Watch Touch ID kamera

Bagi paten kedua yang difailkan, ia menunjukkan bagaimana paparan boleh dilapisi dengan kamera dan lampu flash yang dapat dilihat dari luaran apabila diperlukan. Dalam erti kata lain, ia merupakan teknologi kamera bawah paparan.

Dengan kedua-dua paten ini, ia memberikan gambaran menarik mengenai perancangan Apple untuk Apple Watch masa depan. Penambahan sokongan Touch ID dan kamera akan memberikan peningkatan lebih baik berbanding penawaran Apple Watch sedia ada.

Sumber: MacRumors

Boleh dapatkan Apple Watch melalui:
Lazada (https://invol.co/cl24aak)