Apple Watch sedia dilengkapi dengan pelbagai fungsi dari penjejakan kesihatan, penghantaran notifikasi dan banyak lagi. Namun untuk rakaman gambar, tiada sebarang lensa disediakan tetapi hanya boleh mengawal kamera di iPhone sahaja.

Bagi menambahkan lagi keupayaan Apple Watch, Wristcam telah diperkenalkan sebagai aksesori yang mendapat pengiktirafan dari Apple. Ia merupakan seutas tali yang lengkap dipasang dengan dua lensa kamera.

Sebuah lensa 2MP menghadap keatas untuk rakaman selfie sementara sebuah lagi lensa 8MP untuk rakaman talaan hadapan. Sensor 8MP tersebut dikatakan mempunyai ciri rakaman 1080p sehingga 4K.

Selain itu ia turut menyokong ciri penstriman video secara langsung. Ciri lain yang disertakan pada Wristcam adalah seperti pengecasan magnetik dan bateri yang mampu bertahan “seharian”.

Sesetengah pengguna mungkin tidak akan menggemari rekaan tersebut kerana ia terlalu besar. Walaubagaimanapun, pengeluar Wristcam menyatakan ia sangat ringan untuk digunakan. Ia dijual pada harga $299, kira-kira ~RM1214 mengikut tukaran mata wang semasa.

Boleh beli Apple Watch dari,
Lazada:
https://invol.co/cl1zi5g
Shopee:
https://invol.co/cl1zi31