Bila kita teliti beberapa tahun ini, nampak Apple sudah menukar hala lenggok reka bentuk produk mereka. Contohnya seperti iPad Pro yang tampil dengan rekaan rata disis, disusuli pula dengan siri iPhone 12. Mengembalikan nostalgia kita kepada rekaan iPhone 4 dan 5 suatu ketika dahulu.

Kini, rekaan skrin rata itu mungkin dibawa juga kepada jam tangan pintar mereka bagi siri seterusnya, Apple Watch 7. Berdasarkan imej 3D yang dimuat naik oleh 91Mobile, ia memperlihatkan rekaan skrin dan kerangka yang rata pada sisi.

Mungkin tidaklah ketara perubahannya, tetapi rekaan kali ini kelihatan lebih ‘petak’ jika mahu bandingkan dengan Apple Watch sedia ada yang bersisi melengkung.

Imbas kembali khabar angin terdahulu,  imej 3D ini mirip dan selari dengan apa yang pernah Jon Prosser kongsikan. Namun begitu, ia berbalik kepada pemilihan pengguna sama ada suka akan rekaan yang lebih ‘kotak’ ini ataupun tidak.

Apple dijangka memperkenalkan Apple Watch 7 pada bulan hadapan bersama-sama dengan siri telefon pintar terbaharu, iPhone 13.

Sumber: 91 Mobile

Beli Apple Watch di;

Shopee:
https://invol.co/cl5malm
Lazada:
https://invol.co/cl5mal5