Apple TV mungkin sebuah produk yang tidak berapa terkenal dalam kalangan pengguna atas faktor kekurangan ciri-ciri menarik.

Terbaru, Mark Gurman melaporkan menerusi Bloomberg mengatakan Apple mungkin akan melancarkan Apple TV baharu pada tahun hadapan.

Menerusi Apple TV baharu ini, ia dikatakan lebih memfokuskan permainan video. Malah, alat kawalan permainan daripada Apple mungkin akan diperkenalkan juga.

Apple TV 4k vs. Apple TV 4th-Gen Comparison | HD Report

Tambahan lagi, ura-ura mengatakan Apple TV baharu akan menggunakan cip pemproses A12 dan A14. Selain itu, storan juga menikmati penambahbaikan iaitu 64GB dan 128GB.

Walau bagaimanapun, ia masih dalam spekulasi lagi dan mungkin kita akan mengetahuinya lebih lanjut pada tahun hadapan.

Sumber: Bloomberg