Apple awal pagi ini telah melepaskan kemas kini iOS dan iPadOS 14.3 bagi iPhone 6s dan yang terkini. Selain itu, Apple turut melepaskan kemas kini iOS 12.5 bagi model iPhone terdahulu, dengan membawakan sokongan Notis Pendedahan COVID-19.

Antara yang menerima kemas kini dengan sokongan penjejakan kontak ini adalah peranti yang tidak menerima sokongan iOS 14, termasuk siri iPhone 6 dan yang terdahulu.

Menurut Apple, iOS 12.5 membolehkan pengguna memilih untuk mengaktifkan Notis Pendedahan COVID-19 di iPhone. Sementara itu, ketersediaan sistem bergantung pada sokongan dari pihak berkuasa kesihatan awam tempatan.

Dalam pada itu, Apple turut menambah kemas kini keselamatan dalam iOS 12.5 dan menyarankan pengguna untuk membuat kemas kini tersebut.

Sumber: 9to5Mac