Apple melalui ‘shell company’ sudah mendaftar tanda nama “xrOS” di New Zealand, menurut laporan terkini. Ini menguatkan ura-ura peranti tersebut akan dilancarkan dalam WWDC pada 6 Jun ini.
Saya percaya sistem operasi xrOS ini akan digunakan pada peranti yang dirujuk sebagai Reality Pro, iaitu headset daripada Apple untuk AR/VR mereka.
Mark Gurman sudah pun sahkan bahawa xrOS ialah nama yang akan digunakan Apple untuk produk augmented/virtual reality mereka tahun lalu.
Tapi, laporan terbaru ini mendedahkan ‘logo’ xrOS dengan rekaan huruf Sans Francisco Pro seperti digunakan pada iOS, macOS, watchOS dan produk Apple lain.
xrOS merujuk pada extended reality yang mana Apple cuba menggabungkan kedua-dua jenis teknologi iaitu augmented reality (AR) dan virtual reality (VR) melalui headset mereka nanti.
🚨 holy shit! Apple trademarked (via a shell corp) an "xrOS" word mark in SF Pro in New Zealand just last week pic.twitter.com/Ow274yyuBU
— Parker Ortolani (@ParkerOrtolani) May 16, 2023
Sistem operasi baharu, xrOS ini akan hadir dengan identiti Apple iaitu antara muka yang mirip iOS. Ia akan mempunyai skrin utama dengan ikon aplikasi boleh disusun bersama widget.
{suggest}
Lapor MacRumors, ia turut akan menyertakan aplikasi sedia ada seperti Maps dan Messages tapi dengan versi yang baharu atau berbeza, selari dengan penggunaan sebagai peranti AR/VR.
Sumber: Parker Ortolani