Apple sedia membina fasiliti pengeluaran mereka di India dimana antara model yang dikeluarkan di negara itu adalah iPhone XR, iPhone 6s, iPhone 7 dan iPhone X.
Perkembangan terbaru mengenai Apple dan India, dilaporkan bahawa jenama terkenal itu bakal memindahkan 20% pengeluaran iPhone dari China ke India. Perbincangan mengenai perkara tersebut telahpun dijalankan beberapa bulan lalu melibatkan wakil dari pihak Apple dan kerajaan India.
Ia dijangka menjana keuntungan sehingga $40 bilion dalam masa 5 tahun akan datang dan difahamkan Apple mahu menjadikan India sebagai tapak pengilangan terbaru terutama sekali bagi eksport pengeluaran.
Ketika ini, Apple menjual iPhone dengan nilai sekitar $1.5 bilion di India yang mana hanya $0.5 bilion dihasilkan dalam negara.
Sumber: The Economic Times