Pengenalan AirPods Max ke dalam pasaran dan industri membawa banyak kontroversi seperti harga jualan yang agak tinggi.

Satu lagi aspek yang turut dipertikaikan adalah rekaan sarung untuk menyimpan AirPods Max yang agak pelik.

Ini adalah kerana ia tidak direka secara menyeluruh melindungi AirPods Max sebaliknya hanya menutup bahagian fon telinga sahaja. Ini menjadi tangkainya terdedah dan tidak dilindungi.

Rekaan sebegini telah dijelaskan oleh pereka AirPods Max iaitu Evans Hankey. Menurutnya, ia lebih jimat ruang penyimpanan berbanding mereka sebuah pelindung yang menutupi keseluruhan fon telinga.

“Kami banyak mengembara, jadi kami tahu betapa pentingnya untuk sesebuah fon telinga dimuatkan dalam beg. Rekaan ini adalah sangat efisien dari aspek penyimpanan.

Tambahanya lagi, beliau turut menjelaskan bahagian tangkai fon telinga tidak perlu dilindungi kerana ia direka kukuh dan lasak. Ia juga memudahkan AirPods Max untuk diambil dari dalam beg disebabkan rekaan tangkai terdedah ini.

Walau apapun alasan pihak Apple, ramai yang melihat rekaan sarung AirPods Max adalah seperti coli dan menjadi bahan jenaka internet sejak pelancarannya.

Di Malaysia, Apple AirPods Max dijual pada harga RM2,399. Buat masa ini, tarikh jualan masih belum diumumkan lagi untuk pasaran tempatan.

Sumber: Casabrutus