Bersama-sama pengenalan sistem operasi baharu semasa WWDC 2021 tempoh hari, Apple turut menambah fungsi audio Lossless dan Spatial untuk perkhidmatan muzik mereka – Apple Music.

Baca juga – Pelanggan Apple Music Dah Boleh Dengar Muzik Kualiti Tinggi

Terbaru, pengguna beta Apple Music buat platform Android kini sudah pun menerima fungsi tersebut, ia termasuk ciri crossfade automatik serta carian lagu yang lebih baik.

Sumber: 9to5google

Melaluinya, pengguna boleh menukar tetapan kualiti audio kepada Lossless. Sementara audio Spatial pula dikatakan terhad kepada peranti terpilih sahaja.

Dengan ini, mungkin versi stabil akan ditawarkan tidak lama lagi. Namun, adakah ramai pengguna Android yang menggunakan Apple Music?

Sumber: 9to5google