Setakat ini, terdapat beberapa khabar angin telah diperkatakan tentang iPhone 13 yang akan diperkenalkan Apple pada tahun ini.

Antara khabar angin tersebut adalah rekaan iPhone 13 akan menjadi sedikit tebal kerana akan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar, kapasiti bateri yang akan digunakan adalah sebesar 4352mAh dan kadar segar skrin sehingga 120Hz.

Tetapi khabar angin terbaru ini mungkin lebih menarik.

Berdasarkan kepada paten rekaan yang difailkan Apple bertajuk “Disappearing Button or Slide” di United States Patent and Trademark Office (USPTO), Apple mungkin tidak lagi akan menggunakan butang fizikal pada rekaan produk-produk mereka.

Sebaliknya ia akan digantikan dengan butang yang hanya akan kelihatan apabila ia diperlukan. Mungkin butang tersebut hanya akan bercahaya dan responsif apabila disentuh.

Butang fizikal iPhone seperti ini mungkin tidak lagi wujud pada model iPhone akan datang.

Paten tersebut turut diaplikasi pada pada pelbagai barisan produk utama mereka seperti komputer riba Macbook, iPhone, Apple Watch dan lain-lain.

Kredit: USPTO

 

Dalam abstrak paten itu menerangkan,

The input device appears invisible because it is made of the same material as the housing it is contained in. Invisible backlit holes may make the input selectively visible or invisible to the user.”

Jadi, jika ia berjaya dijadikan realiti, rekaan iPhone akan datang serta barisan produk Apple yang lain pastinya akan bertambah menarik dan seksi tanpa butang fizikal yang mungkin boleh dikatakan sebagai sudah tidak releven lagi bagi peranti masa hadapan.

Sumber: Apple Insider