Baru-baru ini, laporan menyatakan pekerja di kilang Wistron, India telah melakukan protes kerana masalah bayaran gaji yang diberikan tidak seperti yang dijanjikan.

Terbaru, Apple dilaporkan telah memulakan siasatan sama ada kontraktor dari Taiwan itu telah melanggar garis panduan pembekal di sebuah kilang pembuatan iPhone, yang menyebabkan berlakunya keganasan di kilang tersebut.

Bagi anda yang belum tahu, Wistron merupakan pembekal utama Apple secara global. Di India, ia telah menghasilkan iPhone 7 dan iPhone SE generasi kedua.

Pekerja kilang tersebut telah merosakkan kemudahan di kilang itu termasuk memecahkan tingkap, kamera keselamatan dan membakar kenderaan kerana ingin menuntut upah yang tidak dibayar dan waktu kerja yang lebih baik.

Dalam pada itu, Apple mengatakan bahawa mereka telah menghantar kakitangan dan juruaudit tambahan ke kemudahan tersebut. Tambahnya,

“Our teams are in close touch with the local authorities and we’re offering our full support to their investigation,”

Apple turut meminta supaya pembekalnya menyediakan keadaan kerja yang selamat, memperlakukan pekerja dengan rasa hormat, beretika dan adil serta menggunakan amalan yang bertanggungjawab, walau di mana sahaja mereka menghasilkan produk atau melakukan perkhidmatan untuk syarikat.

Bagi pihak Wistron pula, ia menyatakan mereka “sangat terkejut” dengan keganasan itu dan menyatakan,

“the incident was caused by people of unknown identities from outside who intruded into and damaged its facility with unclear intentions.”

Syarikat itu juga mengatakan akan sentiasa mematuhi undang-undang, serta memberi sokongan sepenuhnya dan bekerjasama dengan siasatan polis dan pihak berkuasa.

Sumber: Reuters