Apple dilaporkan telah membuang aplikasi janji temu untuk orang yang tidak divaksin daripada platfom App Store mereka atas alasan gagala memberikan info kesihatan yang benar kepada pengguna.

Aplikasi yang dikenali sebagai Unjected itu dalam informasi aplikasi tersebut mendakwa vaksin COVID-19 boleh membawa bahaya.

Ia sekaligus bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa kesihatan Amerika yang menyatakan bahawa vaksin COVID-19 adalah selamat dan berkesan.

Kredit: Google Play

Percanggahan itu juga menyebabkan berlakunya perlanggaran terma dan syarat yang ditetapkan oleh Apple untuk platfom mereka yang tidak membenarkan penggunaan perkataan seperti vaksin dan mikrocip.

Walaubagaimanpun berbeza dengan platfom Google PlayStore pula, Google sehingga kini masih belum membuang aplikasi tersebut dari platfom mereka.

Sumber: PCMag