Apple kini telah melancarkan laman iPhone 12 Studio, yang boleh diakses melalui web di peranti mudah alih seperti Android, iPhone dan iPad.
Melalui laman tersebut, ia membolehkan anda menggabungkan dan memadankan model iPhone 12 dengan sarung pelindung dan dompet MagSafe untuk melihat bagaimana gabungan tersebut kelihatan sebelum membuat pilihan untuk membeli.
Untuk mencuba, imbas kod QR di atas atau tekan pada pautan ini. Setelah itu, anda perlu melakukan beberapa langkah seperti pilih model iPhone 12, gabung dan padankan aksesori MagSafe dengan iPhone 12, masukkan nama, pilih pandangan yang dimahukan. Akhir sekali, muat turun gambar tersebut.
Dengan itu, ia dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat sebelum membeli aksesori tersebut.
Sumber: MacRumors