Apple memulakan acara mereka hari ini dengan memprekenalkan model terbaru iPad yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple A13 Bionic.

Antara yang dinaik taraf adalah kamera hadapan yang menngunakan kamera ultra lebar 12MP dengan ciri Center Stage.

Apple menyatakan, kuasa pemprosesan utama dan grafik iPad terbaru ini adalah 20% lebih pantas.

Malah 3 kali lebih pantas dari Chromebook dan 6 kali lebih pantas dari tablet Android.

Apple iPad terbaru ini berharga dari RM1,499.00