Ming-Chi Kuo membawakan khabar berita tentang Apple beberapa jam lalu dan ia mungkin sedikit mengecewakan bagi sesetengah pihak.
Lapor beliau, pembangunan modem 5G oleh Apple mungkin telah menemui kegagalan setakat ini, melalui maklumat yang dia perolehi.
Jadi, Qualcomm akan terus menjadi pembekal tunggal untuk cip 5G bagi iPhone sekurang-kurangnya sehingga 2023.
(1/4)
[Company Update] Qualcomm (QCOM.O)My latest survey indicates that Apple's own iPhone 5G modem chip development may have failed, so Qualcomm will remain exclusive supplier for 5G chips of 2H23 new iPhones, with a 100% supply share (vs. company's previous estimate of 20%).
— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) June 28, 2022
Pun begitu, ini tidak bermakna Apple langsung menghentikan usaha mereka untuk hadir dengan modem sendiri.
Syarikat itu akan terus menjalankan usaha membina modem 5G tersebut namun apabila ia berjaya kelak, Qualcomm juga sudah tidak lagi bergantung besar pada penjualan modem mereka, jangka Kuo.
Semalam, kami telah melaporkan tentang keputusan Mahkamah Agung AS yang menolak rayuan Apple berkaitan isu patennya dengan Qualcomm.
Sumber: Ming-Chi Kuo