Apple Malaysia hari ini mula menawarkan pembelian berasingan pelbagai aksesori terbaru untuk komputer Apple Macintosh.

Aksesori-aksesori itu termasuklah Magic Keyboard, Magic Keyboard with Touch ID, Magic Keyboard with Touch ID and Numeric Keypad, Magic Trackpad, dan Magic Mouse.

Berikut adalah harga bagi setiap aksesori tersebut:-

  1. Magic Keyboard – RM379.00
  2. Magic Keyboard with Touch ID – RM549.00
  3. Magic Keyboard with Touch ID and Numeric Keypad – RM659.00
  4. Magic Trackpad – RM489.00
  5. Magic Mouse – RM319.00

Kesemua aksesori tersebut sudah pun boleh dibeli menerusi laman rasmi Apple Malaysia.

Untuk info lebih lanjut bagi setiap ciri-ciri yang ada pada aksesori-aksesori terbaru untuk komputer Apple Macintosh ini, sila layari laman Magic Accessories.