Khabar angin berkaitan kamera periskop pada iPhone bukanlah sesuatu yang baharu. Ming Chi Kuo sebelum ini juga berpendapat Apple akan menawarkannya seawal tahun hadapan.

Bagaimanapun, Apple menghadapi sedikit masalah untuk berbuat demikian. Menurut laporan terbaru, Apple mahukan teknologi kamera periskop yang mempunyai penggerak bebola yang mana ia menggerakkan lensa di dalamnya. Jauh lebih maju berbanding penggerak spring yang digunakan mereka sekarang.

Walaupun Apple ingin mendapatkan bekalan daripada LG InnoTek tetapi LG juga memperolehnya daripada Samsung. Malah, paten teknologi tersebut dimiliki Samsung Electro-Mechanics.

Tambahan lagi, Apple masih boleh menggunakannya tetapi dengan cara mempatenkan teknologi yang lain atau bayar sahaja lesen paten itu kepada Samsung.

Sumber: The Elec

Baca juga: