Pada minggu lepas, Apple telah mengumumkan program gantian buat iPhone 11 dimana model yang dikeluarkan antara September 2019 hingga Mei 2020 terdapat isu pada skrin sentuh.

Oleh itu, anda boleh semak peranti anda sama ada model peranti anda terlibat untuk program gantian ini dengan menyemak nombor siri iPhone 11 melalui pautan ini.

Sekiranya iPhone 11 anda tersenarai, anda boleh pergi ke kedai perkhidmatan Apple berhampiran bagi mendapatkan gantian skrin ini.

Tiada cas yang dikenakan bagi peranti yang hadapi masalah ini. Namun, jika terdapat masalah lain semasa peranti anda dihantar, ia akan dikenakan cas bagi masalah tersebut dan bukan bagi skrin sentuh.