Apple diam-diam hari ini turut melancarkan peranti audio terbaru iaitu AirPods Pro generasi ke-2 yang akhirnya kini dengan sambungan USB-C.
AirPods Pro gen ke-2 yang dinaik taraf dengan keupayaan pengecasan USB‑C dilengkapi ciri rintangan habuk tambahan dan Audio Lossless dengan Apple Vision Pro.
Dengan iOS 17, semua AirPods Pro gen ke-2 dipertingkat dengan akses kepada pengalaman audio baharu seperti Audio Adaptive, kelantangan audio diperibadikan dan Kesedaran Perbualan.
Dengan sambungan USB-C, sekaligus membolehkannya disambungkan untuk dicas dengan lebih mudah bersama peranti-peranti Apple yang lain termasuklah Mac, iPad, dan siri iPhone 15.
AirPods Pro gen ke-2 dengan USB‐C ini akan dijual pada harga RM1,099.
Selain itu, Apple juga kini turut menjual EarPods USB-C pada harga RM99.