Naik satu anak tangga dari kedudukan tahun lepas.
Pada tahun lepas, Apple diingati apabila pertama kali ia mencapai nilai pasaran sebanyak USD 1 trilion, walaupun produk paling popular mereka iaitu telefon pintar iPhone mengalami penurunan jualan.
Menyebabkan gergasi syarikat teknologi dari Amerika ini disenaraikan di tangga ke-4 sebagai syarikat paling menguntungkan di Amerika dari 500 syarikat yang disenaraikan oleh Fortune 500 pada tahun 2018.
Tetapi untuk tahun 2019 ini, Fortune 500 menyenaraikan Apple pada tangga ke-3, di belakang Walmart (tangga pertama) dan Exxon Mobil (tangga ke-2).
Manakala Berkshire Hathaway milik hartawan Warren Buffett yang sebelum ini berada di tangga ke-3 kini jatuh pada kedudukan ke-4.
Berikut adalah kedudukan 10 syarikat teratas paling menguntungkan menurut Fortune 500:-
- Walmart
- Exxon Mobil
- Apple
- Berkshire Hathaway
- Amazon.com
- UnitedHealth Group
- McKesson
- CVS Health
- AT&T
- AmerisourceBergen
Untuk melihat senarai penuh 500 syarikat paling menguntungkan dari Amerika, sila layari laman Fortune 500.