Menurut laporan daripada Macrumors, Apple telah menyenaraikan iMac dengan paparan Retina 5K sebagai produk ‘usang’ atau vintaj pada minggu ini.

Dengan ini juga, iMac Retina 5K yang pertama dikeluarkan pada akhir 2014 mengikut ‘ahli’ yang lain iaitu model iMac di antara tahun 2013 hingga 2015.

Walaupun pada masa lalu produk vintaj tidak lagi dapat pembaikan di kedai Apple tetapi pada tahun 2018 masih boleh menerima perkhidmatan perkakasan dari Apple serta pengedar mengikut stok yang tersedia.

Ini merupakan senarai penuh model iMac yang dikira sebagai produk vintaj:

  • iMac (21.5-inci, Akhir 2013)
  • iMac (27-inci, Akhir 2013)
  • iMac (21.5-inci, Pertengahan 2014)
  • iMac (Retina 5K, 27-inci, Akhir 2014)
  • iMac (Retina 5K, 27-inci, Pertengahan 2015)

Tambahan lagi, Apple juga memaklumkan bahawa pemilik iPhone dan produk Mac yang dibeli selepas 31 Disember boleh menerima perkhidmatan dan alat ganti dari Apple serta pengedar.

Namun, ia terhad untuk produk yang dibeli di Perancis dan perkhidmatan diberikan selama 7 tahun dari tarikh model produk terakhir dibekalkan oleh Apple untuk pasaran negara ini.

Tahun ini juga kita lihat bahawa iPhone 5C turut disenaraikan sebagai produk vintaj pada 31 Oktober 2020.

Sumber: Macrumors