Usai diperkenalkan pada acara WWDC 2017, Apple Malaysia tanpa berlengah telah menawarkan produk baru mereka untuk pasaran tempatan.
iMac untuk tahun 2017 tampil dengan paparan yang lebih jelas, pemproses Kaby Lake dan grafik yang pasti menjanjikan pengalaman yang menakjubkan bagi para pengguna.
Terdapat dua versi saiz paparan yang ditawarkan di mana masing-masing menampilkan tiga model bagi setiap versi.
Ini menjadikan 6 buah model bakal menjadi pilihan pembeli.
Paparan 21.5 Inci
Paparan 27 inci
Menurut laman Apple Malaysia, penghantaran bagi setiap pembelian hanya mengambil masa selama satu (1) hari bekerja sahaja.
Untuk membuat pembelian dan keterangan lanjut boleh layari Apple Malaysia.
Sumber: Lowyat.net