Terdahulu, Apple telah mengemukakan tuntutan terhadap firma keselamatan, Corellium dimana ia memberikan iOS digunakan pada komputer untuk tujuan penyelidikan keselamatan.

Walau bagaimanapun, tuntutan daripada Apple ditolak hari ini yang mana Apple mendakwa Corellium melanggar undang-undang hak cipta. Apple juga berpendapat jika iOS maya itu disalah guna, kerentanan yang ditemui akan menyebabkan iOS mudah digodam.

Hakim Rodney Smith menyebut bahawa tuntutan daripada Apple ini membingungkan serta tidak masuk akal. Beliau juga berpihak kepada Corellium kerana syarikat itu telah menetapkan penggunaan yang adil untuk menggunakan kod Apple.

Amanda Gorton Pengasas Corellium

Corellium adalah platform penyelidikan keselamatan yang membolehkan pengguna menjalankan iOS secara maya di komputer. Secara tidak langsung, pepijat atau kerentanan dalam sistem operasi lebih mudah untuk dikenal pasti.

Menariknya, pada tahun 2018 Apple cuba mengambil alih Corellium tetapi mereka tidak berjaya. Tuntutan hak ini juga timbul selepas Apple melancarkan bug bounty tahun lalu dengan bayaran tinggi kepada white hackers.

Sumber: washingtonpost via