Apple Fitness+ turut diumumkan hari ini yang menawarkan beberapa program senaman dan fungsi baharu. Kali ini ia mempunyai Group Workouts dengan SharePlay. Melaluinya, pengguna boleh bersenam bersama-sama 32 orang lain pada satu-satu masa menerusi FaceTime.

Selain daripada itu, terdapat juga fungsi Pilates dimana memberikan pengguna bersenam dengan mudah serta boleh dilakukan dalam tempoh 10 minit sehingga 30 minit sahaja.

Antara lainnya adalah senaman untuk musim sejuk, lagu senaman baharu dan banyak lagi.

Menariknya, Fitness+ kini diperluaskan kepada 15 buah negara lagi termasuk Malaysia. Dari segi harga, ia akan diumumkan kelak dan mungkin dimasukkan juga dalam pelan Apple One.

Bagaimanapun, bagi menikmati fungsi yang ada di Fitness+, anda harus memiliki sekurang-kurangnya Apple Watch Series 3 dan watchOS 7.2 yang dipadankan dengan iPhone 6s bersama iOS 14.3.

Baca juga: