Jika anda masih ingat, sebahagian pengguna iPhone mendakwa telefon pintar mereka itu berdepan isu prestasi dan bateri peranti cepat habis selepas mereka mengemas kini versi iOS 14.5, iOS 14.5.1 dan iOS 14.6.

Berikutan itu, Apple kini sekali lagi berdepan saman yang difailkan oleh penggunanya terhadap mereka.

Baca juga: Apple Disaman Kerana iPhone 6 Meletup

Malah untuk saman yang difailkan kali ini, aduan yang dibuat pengguna iPhone telah menuduh Apple dengan sengaja merancang untuk menjadikan versi iPhone yang sedang digunakan mereka ketika ini sebagai produk usang.

Saman itu mendakwa Apple dengan sengaja cuba mengelirukan pengguna memuat turun kemas kini yang ditawarkan supaya mereka dapat memperlahankan iPhone bagi membuatkan pengguna iPhone mendapatkan model iPhone terbaru.

Sumber: Apple Insider