2 Orang pembangun aplikasi dan penyelidik keselamatan bernama Tommy Mysk dan Talal Haj Bakry dari syarikat perisian Mysk baru-baru ini mendedahkan penemuan mengejutkan apbila Apple didakwa mengumpul data pengguna iPhone apabila setiap kali penggunanya menyentuh skrin iPhone mereka.
Data dari sentuhan itu dihantar kepada salah sebuah syarikat aplikasi milik Apple.
Dakwa pembangun itu, percubaan untuk mematikan pengumpulan data ini seperti mematikan ciri perkongsian analitik peranti tetap tidak menyekat data daripada dihantar.
Malah dakwa mereka, data yang dikumpul itu juga agak terperinci dan berlaku pada masa sebenar.
🧵
1/5
The recent changes that Apple has made to App Store ads should raise many #privacy concerns. It seems that the #AppStore app on iOS 14.6 sends every tap you make in the app to Apple.👇This data is sent in one request: (data usage & personalized ads are off)#CyberSecurity pic.twitter.com/1pYqdagi4e— Mysk 🇨🇦🇩🇪 (@mysk_co) November 3, 2022
Walaupun isu ini ditemui dalam sistem operasi iOS 14.6 dahulu, tetapi penyelidik menyatakan mereka masih tidak jelas sama ada Apple masih mengumpul data analitik dalam iOS 16.
Satu tuntutan saman mahkamah ke atas Apple telah difailkan pada hari Khamis lalu yang mendakwa bahawa Apple melanggar Akta Pencerobohan Privasi California.
{suggest}
Tuntutan itu tidak memberi banyak tumpuan kepada fakta bahawa Apple sedang mengumpul data ini.
Sebaliknya saman itu memfokuskan pada tetapan Apple seperti “Allow Apps to Request to Track” dan “Share Analytic” yang memberikan pengguna persepsi bahawa mereka boleh melumpuhkan penjejakan sedemikian.
Sumber: Mashable