Sejak diperkenalkan bulan lalu, cip pemproses M1 daripada Apple mendapat banyak pujian daripada pengulas teknologi dunia.

Prestasi yang diberikan Apple kali ini menarik perhatian banyak pihak walaupun ia adalah cip Apple Silicon yang pertama. Kini, laporan terbaru daripada Bloomberg, Apple akan tampil lebih agresif pada tahun 2021.

Apple kini sedang berusaha dalam membangunkan cip pemproses Apple Silicon dengan 32-teras dimana ia memfokuskan untuk komputer Mac yang lebih berkuasa iaitu Mac Pro.

Walaupun ia tidaklah setanding 64-teras yang hadir pada AMD Threadripper akan tetapi cip ini mampu bersaing dengan Intel Xeon 28-teras.

Kemungkinan Apple akan menguji cip ini untuk prestasi multi-teras dalam menjalankan kerja-kerja berat.

Selain meningkatkan jumlah teras CPU, Apple juga akan meningkatkan teras GPU dimana cip M1 hanya mempunyai 7 atau 8 teras GPU sahaja. Mereka sedang menguji model dengan 16 dan 32-teras dan sedang berusaha untuk 128-teras pada hujung 2021 atau 2022.

Berdasarkan laporan ini, Apple akan menggunakan cip Apple Silicon ini bagi kesemua barisan Mac mereka dalam masa dua tahun lagi.

Tambahan lagi, cip pemproses ini mempunyai kecekapan tenaga yang lebih baik tetapi mampu memberikan prestasi yang diinginkan pengguna dan pasti memberikan saingan buat Intel dan AMD.

Sumber: bloomberg via