Apple dilapor telah menangguhkan sementara pembangunan iOS 18, macOS 15 dan watchOS 11 pada minggu lalu, sebagai usaha serius untuk menangani isu pepijat dan prestasi perisian.
{suggest}
Menurut Bloomberg, perkara itu telah diumumkan secara dalaman minggu lalu, bertujuan untuk mengekalkan kawalan kualiti, selepas sejumlah pepijat ditemui dalam versi awal sistem operasi itu.
Berbanding menambah ciri baharu, jurutera Apple telah diminta untuk membetulkan kelemahan dan meningkatkan prestasi perisian.
NEW: Apple delayed work on next year’s software updates — iOS 18, watchOS 11, macOS 15 and more — to fix bugs across several upcoming features. https://t.co/hny5ycjW64
— Mark Gurman (@markgurman) November 7, 2023
Dalam tempoh minggu lalu, semua pembangunan pada ciri baharu telah dihentikan bagi membolehkan jurutera menumpukan kepada penambahbaikan perisian sedia ada.
Bagaimanapun, pembangunan ciri baharu iOS 18 dan kemas kini iOS sedia ada diteruskan semula pada minggu ini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Apple dikatakan telah memberi lebih penekanan pada kualiti, walaupun bermakna ia terpaksa menangguhkan ciri baharu.
Sumber: Bloomberg via BusinessTimes
Gambar utama: Surrey Live