Apple kini nampaknya begitu serius dalam isu pendedahan maklumat atau ura-ura berkaitan produknya. Terbaru, menurut FrontPageTech (FPT), Apple dilaporkan mula mengarahkan pekerjanya memakai kamera badan dan dikatakan ia telah dilaksanakan beberapa minggu yang lalu.

Pun begitu, tidak semua pekerja yang wajib berbuat demikian. Akan tetapi hanya sebahagian yang bekerja dalam projek “rahsia” sahaja seperti produk yang belum diumumkan lagi.

Namun demikian, FPT tidak memberitahu bagaimana kamera badan itu akan berfungsi dalam membanteras maklumat rahsia itu bocor.

Kamera badan Axon

Jika melihat pada polis yang menggunakan kamera badan, ia lebih bertujuan memantau tindak tanduk yang dilakukan polis dan boleh dijadikan bukti sekiranya apa-apa terjadi.

Tambahan lagi, maklumat berkaitan produk sebenarnya bukan sukar untuk didedahkan kerana pekerja mereka boleh sahaja menceritakan produk baharu itu apabila pulang dari tempat kerja.

Bagaimanapun, mungkin Apple mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mereka berbuat demikian.

Mengimbas kembali beberapa hari yang lalu, dua individu pembocor maklumat Apple telah pun diberi surat amaran dan tindakan undang-undang bakal diambil sekiranya mereka meneruskan kegiatan tersebut.

Sumber: FPT

Foto utama: Apple

Baca juga – Peminat Tidak Berapa Suka Dengan Nama iPhone 13

Baca juga – “Android Ada Lebih Banyak Perisian Hasad Dari iOS” – Tim Cook

Baca juga – Data Internet Percuma 1GB Dilanjutkan Lagi