Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Dilapor Sedia Lancar iPhone 5G Bajet Pada Mac Depan

Posted on Februari 7, 2022

Apple kebiasaannya mempunyai satu acara pada awal tahun, satu acara pada pertengahan tahun untuk memperkenalkan sistem operasi terbaru dan satu lagi acara sekitar September bagi pelancaran iPhone.

Kini, beberapa minggu sahaja lagi sebelum melangkah ke bulan baharu, Apple dilaporkan sedia melancarkan iPhone 5G paling bajet daripada mereka, iaitu pada awal Mac depan.

Peranti yang disebut-sebut itu semestinya iPhone SE 2022 yang mana ia akan dikemaskini dengan sokongan 5G sepertimana laporan terdahulu. Model iPhone SE tersebut kali terakhir dilancarkan adalah pada tahun 2020.

Berkaitan iPhone SE 2022, desas-desus mendakwa ia masih menggunapakai rekaan lama tetapi spesifikasi dalaman dinaiktaraf. Mungkin spesifikasinya mirip dengan iPhone 13.

Dalam pada itu, Apple turut dijangka memperkenalkan iPad terbaharu yang mungkin model iPad Air yang dikemaskini.

Diramalkan, kesemua peranti ini diperkenalkan pada 8 Mac depan dan perincian lanjut mungkin dapat diketahui dalam masa terdekat.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • iPhone SE 5G Dijangka Hadir April Nanti, Mungkin Ini Rupa Bentuknya

  • iPhone SE 5G Diramal Bakal Dilancar Dalam Beberapa Bulan Sahaja Lagi

  • Facebook Akui Mereka Akan Rugi RM42 Bilion Tahun Ini, Tuduh Apple Sebelahi Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress