Menurut laporan daripada media Korea Selatan, Apple dijangka akan melancarkan AirPods Pro Lite.

Rekaan bagi fon telinga ini akan sama sahaja dengan versi terdahulu tetapi versi Lite dikatakan tiada ciri-ciri pembatalan hingar aktif.

Tambahan lagi, pembekal cip H1 dari Korea Selatan turut mengatakan bahawa sistem dalam pakej (SiP) pada versi Lite adalah berbeza iaitu ia lebih sederhana berbanding AirPods Pro biasa.

Di samping itu, fon telinga ini akan menjalani ujian pengesahan kualiti menjelang hujung tahun ini dan akan memulakan pengeluaran bermula tahun hadapan.

Melalui versi Lite ini juga, pengguna boleh menjangkakan harga yang lebih murah iaitu sekitar AS$199 (~RM803).

Berdasarkan laporan dari CounterPoint, penjualan fon telinga tanpa wayar telah meningkat sebanyak 24% pada suku ketiga tahun ini berbanding tahun lepas.

Siri Apple AirPods menyaksikan peningkatan banyak pada suku tersebut dalam bahagian pasarannya.

Namun, bahagian pasaran tersebut merosot sejak fon telinga tanpa wayar yang lebih mampu milik telah dilancarkan tahun ini.

Sumber: thelec via