Sebelum ini terdapat laporan yang LG dalam perbincangan dengan Apple untuk menjual iPhone di kedai mereka. Kini, laporan terbaru dari media Korea Selatan menyatakan Apple bersetuju dengan LG.

Bermakna, beberapa produk Apple seperti iPhone, Apple Watch dan iPad juga akan dijual di 400 kedai LG Korea Selatan yang dijangka bermula Ogos ini.

Meskipun begitu, komputer Mac tidak akan dijual kerana ia akan memberikan persaingan dengan komputer daripada mereka.

Buat pengetahuan, di negara tersebut, Samsung memegang pasaran telefon pintar dengan 67% berbanding Apple hanya 22% pada suku pertama 2021.

Dengan pelancaran telefon boleh lipat Samsung pada bulan hadapan, ia akan terus mengukuhkan lagi pegangan mereka di Korea Selatan.

Sumber: herald economic daily

Baca juga artikel berkaitan: