Kesemua produk baharu Apple telah menggunakan cip pemproses 5nm dan Apple kini telah berjaya membuat pesanan dalam pengeluaran cip 3nm dari TSMC.

Menurut sumber, cip pemproses ini akan diguna pakai dalam iPad dan MacBook baharu pada masa akan datang. Ini bermakna, kita akan lihat cip pemproses 5nm atau 5nm+ sekurang-kurangnya setahun lagi.

TSMC turut telah mempersetujui dengan Apple dimana pengeluaran secara besar-besaran akan dilakukan pada tahun 2022.

Terdahulu, Samsung Electronics juga sedang berusaha untuk mengatasi TSMC dalam pengeluaran cip pemproses 3nm menjelang 2022.

Sumber: UDN