WhatsApp sebelum ini mengkritik terhadap syarat label privasi aplikasi Apple adalah tidak adil kerana syarat ini tidak digunakan pada aplikasi Apple sendiri seperti iMessage dan label harus mencerminkan langkah yang betul dalam melindungi data pengguna.

Kini, Apple telah membalas kritikan WhatsApp berkaitan isu yang dibangkitkan aplikasi permesejan popular tersebut dengan memperincikan apa yang dilakukan Apple dalam aplikasi mereka.

Isu pertama, Apple menyatakan bahawa aplikasi iMessage sudah terpasang dalam peranti iOS dan mereka mengatakan juga bahawa aplikasinya akan mengikuti peraturan yang sama dimana maklumat tersebut dipaparkan melalui laman web Apple.

Isu kedua, WhatsApp turut menyatakan bahawa label privasi adalah tidak adil kerana tidak memasukkan maklumat terperinci yang mencukupi. Sebagai contoh, langkah-langkah yang mungkin diambil oleh aplikasi untuk melindungi maklumat peribadi pengguna.

Buat masa sekarang, Apple masih belum mengembangkan ciri untuk membolehkan pembangun berkongsi lebih terperinci berkaitan privasi aplikasi kepada pengguna.

Apple juga memerlukan pembangun untuk berkongsi maklumat privasi yang diperlukan untuk label baharu pada 8 Disember dan masih belum jelas bilakah ia akan dipaparkan di App Store serta laman web Apple.

Sumber: 9to5mac