Jika sebelum ini WhatsApp mengkritik Apple terhadap isu label privasi, kini Facebook turut berbuat demikian kerana isu privasi juga iaitu anti-penjejakan.

Susulan perkara tersebut, Apple tampil membalas kritikan yang dilontarkan Facebook di mana Apple menyatakan mereka berdiri bersama-sama dalam mempertahankan hak pengguna mereka.

Berikut adalah kenyataan penuh daripada pihak Apple:

We believe that this is a simple matter of standing up for our users. Users should know when their data is being collected and shared across other apps and websites — and they should have the choice to allow that or not. App Tracking Transparency in iOS 14 does not require Facebook to change its approach to tracking users and creating targeted advertising, it simply requires they give users a choice.

Menurut editor BuzzFeed News, John Paczkowski, kenyataan Apple hadir ketika Facebook dilaporkan untuk menyiarkan anti-iklan Apple pada hari Jumaat.

Dalam iklan baru tersebut, ia menyatakan bahawa kemaskini perisian Apple akan mengubah internet seperti yang kita ketahui sekarang menjadi lebih buruk.

Ini kerana laman seperti blog akan dikenakan bayaran langganan atau pembelian dalam aplikasi dan bukannya daripada iklan dimana dengan iklan, kandungan akan menjadi percuma kepada pengguna.

Selain itu, Apple turut menyatakan bahawa pembangun seperti Facebook boleh menyunting teks yang terpapar pada anti-penjejakan untuk memberi tahu maklumat apa dari pengguna yang ingin digunakan.

Tambah Apple, semua aplikasi akan menerima perubahan privasi ini dan aplikasi daripada Apple sendiri juga tidak terkecuali.

Nampaknya isu antara Facebook dan Apple kian rancak sejak Apple menambahkan label privasi di App Store yang menjelaskan bagaimana aplikasi iOS menggunakan data anda.

Sumber: macrumors, the verge