Apple kini dilaporkan sedang berusaha untuk menghasilkan iPhone “0-bezel” atau tanpa bezel.
{suggest}
Menurut laporan The Elec, Apple dikhabarkan telah meminta Samsung Display dan LG Display untuk membangunkan panel OLED tanpa bezel.
Bagi tujuan itu, kedua-duanya perlu menggunakan teknologi under-panel camera (UPC) untuk menjadikan panel iPhone kelihatan seperti kaca tanpa sebarang ‘pulau’, serta meningkatkan teknologi thin-film encapsulation (TFE).
Seperti diketahui, Apple telah melancarkan iPhone dengan bezel lebih nipis dari tahun ke tahun, dengan matlamat untuk menjadikannya ‘sifar’ bezel.
BREAKING! Apple is working on a 0-bezel iPhone! Looks like Cook is a fan of mine and he hates bezels as much as I do.
According to sources, Apple asked Samsung Display and LG Display to develop OLED screens without bezels at all, completely eliminating bezels and using UPC… pic.twitter.com/mP6QgOeoPw— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) July 24, 2023
Sudah pastinya terdapat beberapa cabaran dan kesukaran yang perlu diatasi untuk merealisasikan penghasilan paparan tanpa bezel. Antaranya termasuk penggunaan skrin UPC yang merujuk kepada pemasangan modul kamera hadapan di bawah paparan serta penyelesaian yang akan digunakan untuk menangani isu sentuhan tanpa sengaja pada paparan tanpa bezel kelak.
Namun, dengan teknologi yang ada, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk menyaksikan iPhone tanpa bezel dalam beberapa tahun lagi.
Sumber: The Elec (via Ice Universe)