Apple dilaporkan sedang membangunkan set kepala VR mereka yang pertama dimana akan hadir dengan rekaan fabrik, sebuah kipas dan harga yang mewah.

Laporan daripada bloomberg, Apple akan melancarkannya seawal tahun 2022 sebagai peranti tunggal sama seperti set kepala VR Oculus.

Malah, mereka turut akan membangunkan cip khas buat peranti ini dan dikatakan ia lebih berkuasa daripada pemproses M1 yang digunakan pada barisan Mac.

Selain itu, Apple juga sedang menguji kemampuan kamera pada VR tersebut untuk menjejak pergerakan tangan termasuk papan kekunci maya.

PlayStation VR

Walau bagaimanapun, Apple masih tidak menyatakan tarikh pelancarannya. Tambahan lagi, dikatakan peranti ini akan dijual dengan tanda harga yang sangat mahal dan menjadi sebagai peranti khusus dimana ia mungkin akan dijual sebanyak satu peranti sehari atau kurang 200,000 unit dalam setahun.

Jika Apple berjaya melancarkannya, mungkin kita akan lihat arena maya atau VR ini menjadi lebih meriah pada masa akan datang serta ia turut akan menjadi pesaing kepada PS VR dan Oculus atau mungkin jenama lain akan mengikuti langkah Apple untuk mengeluarkan set VR tersendiri.

Sumber: bloomberg via

Foto utama: bloomberg