Apple AirTag yang dilancarkan pada April lalu tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan keberkesanan fungsinya.

Ini terbukti Apabila peranti penjejak Apple ini telah membantu seorang pemiliknya menemui semula skuter yang dicuri.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Dan Guido di platfom sosial tersebut dengan menceritakan bagaimana AirTag membantu dia menemui semula skuternya itu.

Menurut Dan, dia ada menyembunyikan 2 AirTag pada skuter tersebut. Lalu dengan menggunakan rangkaian Apple Find My dan UWB (Ultra-wideband), dia cuba menjejaki skuternya yang hilang ituu.

 

Penemuan skuternya itu turut mendapat bantuan secara tidak langsung dari pihak polis NYPD yang pada awalnya enggan membantu pencarian skuternya.

Untuk mengesahkan skuter itu miliknya, Dan memainkan bunyi dari AirTag itu dan menyambungkannya kepada aplikasi Ninebot di peranti iOS miliknya.

Berdasarkan kepada pengalamannya itu juga, Dan memberikan tips kepada pengguna Apple AirTag supaya pengguna lain boleh bersedia jika perkara sama berlaku pada mereka.

Dan berkongsikan pengalaman menjejak skuternya yang hilang menggunakan AirTag secara terperinci menerusi 22 kicauan di akaun Twitter miliknya.

Apple AirTag dijual pada harga Rm149 dan aksesori untuk peranti ini juga ditawarkan pada harga RM199 dan RM149.

Sumber: Cnet

Baca juga: AirTag Dilancar, Penjejak Peranti Pertama Apple

Apple Cakap AirTag Bukan Dicipta Untuk Dua Perkara Ini

Android Mungkin Akan Ada Fungsi Seperti “Find My” Apple